Thursday 21 April 2016

PERASMIAN i-KELAS SK. BUKIT JEJULONG

Pada 21 April 2016 telah berlangsungnya Majlis Perasmian i-Kelas SK. Bukit Jejulong yang telah disempurnakan oleh YB.A.Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi, Kerajaan Komunikasi dan Multimedia Negeri, merangkap ADUN Pengkalan Berangan, Ketua UMNO Bahagian Marang.
Majlis perasmian ini juga telah dihadiri oleh Ketua Sektor Jaminan dan Kualti YM. Tengku. Mohd Yusoff bin Tengku Mansor, CEO Top It Sdn.Bhd. YM Syed Anas bin Syed Omar, Pegawai-pegawai dari BTPN dan para ibu bapa.





Pohon sireh pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Kekal cemerlang sepanjang zaman.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis
"Perasmian i-Kelas SK. Bukit Jejulong".



Sunday 3 April 2016

PERBANDINGAN iKELAS VS KELAS MAYA


APA ITU i-KELAS?

Proses pembelajaran secara multimedia iaitu text, video, 
gambar serta audio.

PEMBELAJARAN i-KELAS
• Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan.
• Mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran di kelas secara lebih berkesan dan sistematik
• Menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini.
• Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan
• Mengurangkan bebanan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar.