Thursday, 21 April 2016

PERASMIAN i-KELAS SK. BUKIT JEJULONG

Pada 21 April 2016 telah berlangsungnya Majlis Perasmian i-Kelas SK. Bukit Jejulong yang telah disempurnakan oleh YB.A.Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi, Kerajaan Komunikasi dan Multimedia Negeri, merangkap ADUN Pengkalan Berangan, Ketua UMNO Bahagian Marang.
Majlis perasmian ini juga telah dihadiri oleh Ketua Sektor Jaminan dan Kualti YM. Tengku. Mohd Yusoff bin Tengku Mansor, CEO Top It Sdn.Bhd. YM Syed Anas bin Syed Omar, Pegawai-pegawai dari BTPN dan para ibu bapa.





Pohon sireh pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Kekal cemerlang sepanjang zaman.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis
"Perasmian i-Kelas SK. Bukit Jejulong".



Sunday, 3 April 2016

PERBANDINGAN iKELAS VS KELAS MAYA


APA ITU i-KELAS?

Proses pembelajaran secara multimedia iaitu text, video, 
gambar serta audio.

PEMBELAJARAN i-KELAS
• Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan.
• Mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran di kelas secara lebih berkesan dan sistematik
• Menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini.
• Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan
• Mengurangkan bebanan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar.


Wednesday, 30 March 2016

BRIDGET FROG VLE

Oleh En. Zulkifli bin Abdul Rashid
Pegawai Teknologi Pendidikan,
PKG Bukit Payong.

Disertai oleh pelajar SK. Kubu Marang seramai 10 orang dan pelajar SK. Bukit Jejulong seramai 9 orang. Kenapa terpilih ?
  • Mempunyai kemahiran mengendalikan aplikasi frog VLE dengan baik.
  • Mempunyai pengaruh untuk mengajak dan membimbing murid-murid lain menggunakan laman pembelajaran VLE untuk proses pembelajaran.




Monday, 7 March 2016

BENGKEL PENYELARASAN DAN PENYEDIAAN BAHAN i-KELAS 2016

1 lawatan dan taklimat oleh pihak BTPN Marang ke SKBJ telah diadakan pada 7 Mac baru-baru ini. Seramai 30 orang peserta telah terlibat yang terdiri daripada pegawai-pegawai BTPN , guru-guru terpilih dan guru-guru SKBJ ..
Bengkel ini disampaikan oleh En. Firdaus iaitu Pengurus i-Kelas dari Top-IT Sdn. Bhd.